PROFILE SYARIKAT

picture7.jpg

MENGENAI HPA

HPA Industries Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA menawarkan peluang perniagaan produknya yang bersifatkan perubatan herba kepada anda semua. Selain ilmu herba, anda juga boleh mempelajari ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata (iridologi), lidah, denyutan nadi dan perawatan seperti bekam, akupunktur, kiropraktik dan refleksologi. Sistem plan pemasaran Multi Level Marketing (MLM) yang digunakan telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Lantaran itu, kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami melaksanakan perniagaan yang sangat baik dan penuh barakah ini. Dengan menyertai HPA, anda bukan sahaja mendapat keuntungan di dunia tapi juga kebaikan di akhirat. Insya Allah.

Sertai kami sekarang juga. Keahlian HPA hanya RM 20 sahaja seumur hidup dan anda akan menikmati diskaun produk dari 20-25% serta berpeluang menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan produk HPA.

 Marilah bergabung bersama rangkaian kami di HPA Success Team kerana anda akan diberi laman web ini untuk tujuan penajaan dan promosi produk. Nama anda akan diletakkan di ruangan Pengedar HPA.

Kami AMAT menggalakkan anda untuk menyertai kursus keusahawanan yang pihak HPA anjurkan terutama kepada ahli baru. Ini bertujuan untuk membolehkan anda memperolehi ilmu yang mendalam bagi menjalankan perniagaan produk HALAL HPA dengan kaedah yang betul dan berkesan. 

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

kompleks110.jpg

PENGENALAN

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.

ladang22.jpg

PENGILANGAN 

Kini HPA Industries Sdn. Bhd memeiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan yang mencukupi. 

Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis dan di Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. Yang terkini ada sebuah lagi kilang baru yang beroperasi di Gandul, Jakarta Indonesia. Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 200 orang.

gmp_kp1.jpg

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.

gmp2.jpg

Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.

Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

VISI

  • HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
  • HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM di negara ini dan membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

VISION

  • Producing different type of herbal products as an effective method of treatment.
  • Being committed in producing and marketing halal product Multilevel Marketing in this country and deliver a dynamic and progressive enterpreneur.

MISI

  • HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
  • HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat.

MISSION

  • Multiply herbal products and also research program which will assist in upgrading the quality of the most effective production to have the ability to cure diseases. HPA also gives priority to a multiply halal product for the three main products such as health food, groceries and cosmetics. HPA caters and give facilities for entrepreneurs to continue spreading the knowledge and to keep the business firm towards self success, family and community.

OBJEKTIF

  • Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
  • Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan serta memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.

OBJECTIVE

  • To be a manufacturer and the first herbs distributors all over Malaysia
  • To lead the Industry of herbs in Malaysia for innovative production, moving forward, having a vision and giving priority towards upgrading programs and entrepreneur development.

Alamat dan no telefon HQ HPA untuk anda hubungi:

PEJABAT
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
Tel : 604-9776805
Fax : 604-9774121

Berkaitan HPA

Email : wahida@hpa.com.my

Berkaitan Keahlian HPA dan bonus
Email : shidah.mis@hpa.com.my

Berkaitan Pemasaran dan Promosi HPA
Email : cwahidagm@yahoo.com

Berkaitan Website
Email : webmaster@hpa.com.my

Berkaitan Koperasi HPA Wahida (koHPA)
Email : shiera_81@yahoo.com

KILANG KUALA PERLIS

HPA Industries Sdn Bhd (Mengeluarkan Produk Kopi Radix)
B1 & B2 Lot 29,
Komplek Bimbingan Bank Pembangunan,
Kawasan Perindustrian Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis,
Perlis Malaysia.
Tel : 04 – 985 2015
Fax : 04 – 985 3051

KILANG JEJAWI

HPA Industries Sdn Bhd (Mengeluarkan Produk Ubatan Herba Tradisional)
Lot 5 & 6,
Kawasan MIEL Jejawi Fasa II,
Jalan Jejawi Sematang,
02600 Arau Perlis, Malaysia.
Tel : 04 – 977 7894
Fax : 04 – 977 7893

KILANG NAPOH

HPA Industries Sdn Bhd (Mengeluarkan Produk Minuman dan barangan IKS)
Lot 1 & 2,
IKS KEDA Napoh,
06100 Jitra,
Kedah.
Tel : 04 – 9179 289
Fax : 04 – 9177 112

Perutusan Lembaga Pengarah HPA

pu5.jpgSejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.

Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.

Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.

Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan 1)
Puan Hajjah Norhayati bt. Haji Ahmad (Pengarah Urusan 2)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: