INFO – HERBA

Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.

(more…)

Pegaga di India

Di india ia dikatakan adalah satu ubat untuk otak dan merangsang pertumbuhan rambut.

Cempaka – Michelia spp

Michelia adalah genus tanaman berbunga dari suku Magnoliaceae. Genus ini memiliki sekitar 50 spesies pohon selalu hijau, semak-semak, yang tumbuh di daerah tropis dan subtropis di Asia Selatan dan Asia Tenggara serta Tiongkok selatan. Tanaman ini juga disebut Bunga Cempaka.

Bunga Michelia champaca.

 

Bunga Michelia champaca.

Suku Magnoliaceae masih termasuk tumbuhan purba, merupakan fosil yang hidup dan asal-usulnya dapat ditelusuri hingga 95 juta tahun yang lalu. Ciri khas tanaman ini adalah daun bunganya yang tidak terdiri dari petal dan sepal, melainkan terdiri dari tepal.

Daun dan bunga Michelia masih menyerupai daun dan bunga Magnolia. Walau bunga Michelia lebih tersebar di sepanjang batang tumbuhan, sedangkan bunga Magnolia hanya tumbuh di ujung batang.

Beberapa spesies merupakan penghasil kayu yang penting. Sedangkan beberapa spesies seperti Michelia champaca (di Nanggroe Aceh Darussalam dikenal sebagai bunga jeumpa) dan Michelia doltsopa ditanam karena bunganya. M. champaca juga dikembang-biakkan untuk diambil minyak dari bunganya sebagai bahan parfum. Beberapa spesies juga ditanam sebagai tanaman pembatas jalan seperti M. figo, M. doltsopa dan M. champaca.

Cempaka – Michelia Alba

Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Pokok cempaka mempunyai 3 jenis warna bunga yang berbeza iaitu warna putih(michelia alba), warna kuning(michelia champaca),dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya yang boloeh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabut dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter. Bunganya yang berbau wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

FUNGSI MINYAK NILAM
 

Penggunaan untuk aroma terapi:

Minyak nilam digunakan untuk mengatasi masalah kulit seperti acne, eczema, terbakar, luka, pecah-pecah dan gatal-gatal. Juga digunakan untuk membentuk sel baru dan dapat membantu penyembuhan luka dan goresan. Minyak nilam juga digunakan oleh para atlit. Minyak nilam juga digunakan untuk menghilangkan ketombe serta untuk meminyaki rambut.

Minyak nilam juga digunakan untuk peredam tensi, mengatasi insomnia serta menenangkan. Baunya juga digunakan sehari-hari serta untuk membantu pencernaan. Kerana baunya seperti wiski, maka minyak nilam juga dikenal sebagai aphrodisiac.

Minyak Nilam

Minyak Nilam adalah sebahagian kandungan yang terdapat dalam kosmetik. Harganya mencecah Rp150.000 – Rp250.000/kg di Indonesia. Kiralah sendiri dalam Ringgit Malaysia.

Minyak essential : Nilam

Di Indonesia bahan mentah seperti ini untuk menghasilkan minyak essential banyak dijual selain fungsi utamanya sebagai perubatan herba. Nilam dikatakan mempunyai tinggi kandungan minyak esssential.

Khasiat dan Kegunaan Misai kucing

Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

Khasiat dan Kegunaan Nilam

Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil’ di pasaran antarabangsa. Antara bahan kimia yang terdapat dalam ‘patchouli oil’ termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’. Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi. Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampudan ubat antiserangga. Pada konsitrasi yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

Nilam (Pogostemon cablin)

Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina.  Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800.  Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia.  Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi.  Daunnya berbentuk ovate, 8?10 cm panjang dan 5?8 cm lebar, tebal dan bergerigi.  Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas.  Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus.  Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

« Older entries